fbpx

Usaha sama UDA, Maybank Islamic perkenal HouzKEY untuk projek Evoke Residences

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – UDA Hol­dings Bhd. (UDA) menjalin kerjasama strategik bersama Maybank Islamic untuk menyediakan pelan pembiayaan inovatif, HouzKEY bagi membolehkan orang ramai memiliki kediaman dengan mudah.

Kaedah baharu itu tidak akan membebankan pembeli untuk memiliki kediaman dengan mengambil masa yang agak lama kerana terpaksa menabung bagi menyediakan wang pendahu­luan yang tinggi.

Skim ini disasarkan kepada pelanggan berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Ia akan membolehkan pemilik rumah hanya membayar deposit sewa tiga bulan sebelum berpindah ke rumah baru dengan pilihan untuk membeli rumah mereka selepas 12 bulan sewa pada harga yang telah dipersetujui.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany berkata, kaedah pembia­yaan tersebut boleh digunakan untuk membeli kediaman yang dibangunkan UDA terma­suk di bangunan Kondominium Evoke Residences yang diba­ngunkan di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam, di sini.

“Oleh kerana harga hartanah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, maka, saya percaya HouzKEY adalah pilihan terbaik khususnya kepada golo­ngan muda yang masih menyewa atau pembeli rumah pertama yang sukar menyediakan wang pendahuluan sebanyak 10 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Maybank Islamic di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Maybank Real Estate Ventures, Sally Lye Saw.

Evoke Residences yang dianggap sebagai projek kondominium ter­tinggi di Seberang Perai itu memiliki nilai pembangunan kasar sebanyak RM141 juta.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas hampir dua hektar sejak tiga tahun lalu menawarkan unit kediaman de­ngan tiga bilik tidur itu dijual pada harga antara RM494,648 hingga RM541,380 bergantung jenis kediaman, tinggi serta pemanda­ngan lokasi yang disajikan kepada setiap pemilik rumah.

Lokasinya strategik kerana ia terletak tidak jauh dari susur keluar menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dan Jambatan Pulau Pinang.

Selain itu, Lye Saw menerangkan, program HouzKEY akan menawarkan pembiayaan sehingga 100 peratus tanpa wang pendahuluan selain membenarkan pembeli mendapatkan tiga orang penjamin bagi meningkatkan potensi kelulusan pembia­yaan mereka.

Katanya, sejak dilancarkan kira-kira dua tahun lalu, HouzKEY telah memberikan impak positif khususnya daripada segi kadar pemilikan kediaman di sekitar Lembah Kelang.

Beliau berharap program tersebut juga akan berjaya menarik minat pembeli kediaman di Pulau Pinang sebelum ia diper­luaskan ke Johor selepas ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI