fbpx

Tegur tidak tutup lampu, ibu dicederakan anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera pada kepala selepas dilibas dan ditetak dengan pisau pemotong daging oleh anaknya di Mak Mandin, Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita cedera selepas dilibas dan ditetak menggunakan sebilah pisau pemotong daging oleh anak lelakinya dalam kejadian di sebuah flat di Mak Mandin, Butterworth di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu berlaku selepas penagih dadah berusia 42 tahun itu berang ditegur kerana tidak menutup lampu bilik.

Akibat kejadian itu, suri rumah berusia 67 tahun itu mengalami luka pada kepala dan lengan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku selepas mangsa menyuruh suspek menutup lampu apabila menyedari lampu bilik anaknya itu terbuka ketika dia mengemas rumah.

“Ketika menyambung mengemas, suspek tiba-tiba masuk ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong daging dan melibas-libas ke arah ibunya sehingga terkena lengan mangsa selain menetak kepala ibunya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, suspek yang tinggal berdua dengan ibunya itu kemudiannya bertindak menghalau mangsa keluar dari rumah tersebut.

“Mangsa telah pergi berlindung di rumah jirannya sebelum ambulan tiba dan dia dibawa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan.

“Suspek yang mempunyai tujuh rekod lampau termasuk lima rekod dadah itu kemudiannya ditahan polis di rumah tersebut dan dia juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” ujarnya.

Menurut Noorzainy, akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka sepanjang 10 sentimeter (sm) pada kepala dan 8sm pada lengan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI