fbpx

Sabah dilanda gelombang kedua Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Jangkitan Covid-19 yang sedang melanda Sabah ketika ini merupakan gelombang kedua sekaligus lebih mencabar dari gelombang pertama.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, perkembangan wabak berkenaan sangat membimbangkan dan menunjukkan betapa rapuhnya benteng yang dibina untuk menahan penularan Covid-19.

“Kita harus belajar menerusi pengalaman terdahulu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah membawa kita keluar dari kesukaran lalu.

“Bagaimanapun, tiada sebarang pertambahan kes baharu dilaporkan Kluster Kunak (daerah Kunak) namun masih terdapat sampel yang masih diproses ketika ini setakat semalam.

“Selain itu, jumlah kes bagi kluster Benteng Lahad Datu adalah 403 orang bagi tempoh sama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Terdahulu, Tawau dan Lahad Datu kini dikategorikan sebagai kawasan merah ekoran terdapat kes warga emas disahkan positif selepas mendapatkan pemeriksaan di sebuah klinik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN