fbpx

Penduduk di kawasan PKPD secara pentadbiran diminta bekerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kerjasama semua penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran adalah diperlukan dalam pencegahan penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kerjasama diperlukan supaya mereka terus kekal berada di rumah dan hanya keluar untuk urusan perlu sahaja.

“Penduduk juga dinasihat tidak meninggalkan kawasan yang telah diumumkan sebagai PKPD secara pentadbiran.

“Beberapa kawasan berisiko tinggi dalam daerah Kota Setar, Kedah telah dikenal pasti dan saringan masih giat dijalankan kepada penduduk setempat.

“Setakat ini, proses saringan berjalan lancar dan kerjasama penduduk setempat adalah baik,” katanya dalam satu kenyatan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri Kedah dan pihak berwajib daripada pelbagai agensi yang bertungkus lumus bersama Kementerian Kesihatan dalam memastikan urusan di kawasan tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya.

Susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga, PKPD secara pentadbiran telah dilaksanakan di daerah Kota Setar, Kedah.

Pada masa sama, PKPD juga dilanjutkan di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah bagi Zon Melor berikutan keperluan saringan ulangan.

Pelaksanaan tersebut turut dilaksanakan di kawasalan penjara dan kuarters di Tawau, Sabah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI