fbpx
Gambar hiasan

Penduduk dakwa sukar mohon bantuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) menerima aduan daripada orang ramai yang mendakwa sukar untuk menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar bagi membuat permohonan bantuan makanan.

Setiausahanya, Mohamad Yusrizal Yusoff memberitahu, penduduk kecewa apabila tidak dapat membuat permohonan bantuan makanan tersebut.

“Sebilangan penduduk lagi memberitahu mereka tidak mengetahui tentang adanya bantuan makanan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, ramai penduduk terutama dalam kalangan peniaga yang berpendapatan harian terjejas apabila tidak sempat membuat persediaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran ini.

“Mereka baru sahaja mula berniaga selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini dan tidak sempat membuat simpanan,” ujarnya.

Justeru, Cake meminta kerajaan negeri menyebarkan maklumat tersebut dengan lebih meluas serta memperbaiki mutu komunikasi perhubungan melalui telefon.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor meminta penduduk yang kehilangan sumber pendapatan susulan pelaksanaan PKPD di daerah Kota Setar menghubungi PKOB di talian 04-7028070.

Beliau juga memaklumkan buat masa ini hanya menerima 20 panggilan telefon daripada pemohon sumbangan daripada jumlah keseluruhan penduduk seramai 366,787 orang.- K! ONLINE