fbpx

Mayat remaja OKU hilang ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dublin Clint

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

KANOWIT – Remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang hilang di sungai sejak Sabtu lalu telah dijumpai di Sungai Bidut di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, komander operasi PB Lawrence Benedict telah menerima maklumat daripada  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu mengenai penemuan mayat di lokasi tersebut sekitar pukul 4.30 petang.

“Mayat mangsa telah ditemui jauh daripada lokasi mangsa terjatuh ke dalam sungai.

“Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sibu dan telah disahkan mati lemas. Operasi pencarian ditamatkan pada pukul 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Dublin Clint, 18, telah dilaporkan hilang selepas perahu yang digunakan mangsa dijumpai hanyut di sekitar Sungai Batang Rajang berhampiran Sungai Nanga Engsengai, Sabtu lalu.

Mangsa telah keluar sekitar pukul 7.30 pagi untuk menghantar tong minyak ke seberang sungai Kabah sebelum perahunya dijumpai penduduk kampung dua jam kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN