fbpx

Lima termasuk empat beradik sebab pencemaran didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat suspek ketika dibawa di Mahkamah Selayang.

SHAH ALAM – Lima termasuk empat beradik yang merupakan pengarah kilang jentera berat yang menyebabkan pencemaran di Sungai Gong, Rawang di sini akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pertuduhan terhadap mereka akan dilakukan pukul 8 pagi di mahkamah tersebut.

Katanya, turut didakwa bersama empat beradik itu nanti adalah seorang pengurus kilang.

“Pejabat Peguam Negara telah memutuskan sebanyak dua kertas pertuduhan iaitu Seksyen 430 Kanun Keseksaan dan Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

“Kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen itu akan dibacakan bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, empat lagi tangkapan lain dibebaskan dengan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan saksi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan empat beradik itu yang juga pemilik kilang itu berusia 50 hingga 60 tahun ditahan bermula pukul 11 malam pada 4 September lalu dan 12.30 tengah malam pada 5 September lalu.

Tiga daripada mereka ditahan di kediaman mereka di Selayang sementara abang sulung mereka ditahan ketika memberi hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak bersama peguam mereka.

Pencemaran Sungai Gong yang disyaki berpunca daripada kilang jentera berat itu telah mengakibatkan lima juta penduduk di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air selepas empat Loji Rawatan Air (LRA) dihenti tugas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI