fbpx

Lelaki maut sabit sawit terpacak atas dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terkena sabit pemotong sawit di ladang sawit Bukit Asahan di sini hari ini.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Gara-gara cuba mengelak dari dihempap tandan kelapa sawit, seorang lelaki maut selepas sabit pemotong buah pada galah yang dipegangnya terjatuh dan terpacak di dada kirinya di Ladang Sawit Bukit Asahan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, mangsa, Misnan, 32, yang juga merupakan warga Indonesia ditemui tidak sedarkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11.20 pagi daripada seorang pekerja lelaki mengatakan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah.

“Hasil soal siasat, pekerja ladang tersebut memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di atas tanah dan mengalami kecederaan parah.

“Pemeriksaan pada tubuh, mangsa disyaki terkena sabit pemotong buah sawit yang jatuh dan terpacak pada dada sebelah kiri sehingga terkena jantungnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mispani berkata, insiden itu dipercayai berlaku gara-gara mangsa ingin mengelak dari dihempap tandan kelapa sawit yang dipotongnya, namun sabit pada galah yang dipegang tercabut dan mengenainya.

Katanya, mayat mangsa yang juga merupakan pekerja ladang sawit milik Sime Darby itu telah dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI