fbpx

Kertas siasatan budak perempuan pandu kereta dirujuk ke TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang budak perempuan memandu sebuah kenderaan yang tular di Facebook.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Kertas siasatan kes seorang budak perempuan memandu sebuah kenderaan yang rakaman videonya tular di media sosial Facebook ‘Sayang-sayang DSV’ telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu kenderaan itu telah dikenal pasti dan kita mengambil keterangan remaja terbabit di rumahnya di sini minggu lalu.

“Kertas siasatan juga sudah dirujuk kepada TPR dan kini menunggu keputusan untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan seorang budak perempuan memandu sebuah kenderaan di kawasan perumahan berhampiran Meru Hills di sini.

Menerusi rakaman berkenaan, budak perempuan tersebut didapati sedang memandu sebuah kenderaan di mana model dan nombor pendaftaran tidak pasti.

Video itu dipercayai dirakam pada tahun 2018 dan dimuat naik dalam laman sosial Facebook ‘Sayang-sayang DSV’ yang merupakan laman Facebook rasmi seorang usahawan kosmetik terkenal.

Susulan penularan video tersebut, polis daerah Ipoh mengesan pemandu berkenaan untuk siasatan mengikut Seksyen 39(5) dan Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI