fbpx

Kadar kesalahan pengguna di lebuh raya menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari Mat Nor (kiri) dan Zakaria Ahmad Zabidi (kanan) bertukar Memorandum Persefahaman (MoU) antara JPJ dan PLUS pada Majlis Perasmian Pusat Kawalan Penguatkuasaan Lebuhraya(UPLR) di Plaza Tol (lama) Jelapang, Ipoh hari ini. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Kadar kesalahan pengguna di lebuh raya menurun sehingga 97 peratus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak Mac lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, jumlah yang direkodkan sehingga Ogos lalu itu menunjukkan perbezaan sebanyak 1,068 kesalahan berbanding tahun lalu dengan 2,164 kesalahan.

Katanya, lima kesalahan utama merekodkan penurunan tertinggi iaitu lebih muatan, muatan berbahaya, memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit dan tidak pakai tali pinggang keselamatan.

“Kesalahan lebih muatan mencatatkan penurunan tertinggi sebanyak 171 peratus iaitu 987 kesalahan tahun lalu kepada 364 kesalahan tahun ini diikuti memandu di lorong kecemasan dan muatan bahaya masing-masing dengan 339 dan 263 kesalahan.

“Berdasarkan statistik tersebut, terdapat dua faktor menyebabkan penurunan kesalahan pengguna di lebuh raya iaitu pelaksanaan PKP dan keberkesanan pencegahan menerusi rondaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Kawalan Penguatkuasa Lebuhraya (Unit Penguatkuasa Lebuh Raya-UPLR) di Plaza Tol (Lama) Jelapang, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.

Terdahulu, PLUS Malaysia Bhd (PLUS) dan JPJ menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menjalankan inisiatif dan memperkukuh kerjasama strategik melibatkan operasi dan pelaksanaan penguatkuasaan dalam meningkatkan aspek keselamatan di lebuh raya. -K! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI