fbpx

Cadang guna kuarters guru tidak dihuni sebagai PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (kanan) membuat tinjauan di beberapa kawasan penduduk kampung yang dinaiki air di Kampung Tanjung Bugis hari ini.

Oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Kerajaan disarankan membenarkan penggunaan kuarters-kuarters guru yang tidak dihuni dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) untuk orang ramai terlibat dalam masalah banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria berkata, cadangan tersebut dikemukakan bagi mengelakkan pembelajaran murid terganggu apabila bilik darjah dijadikan sebagai PPS ketika banjir melanda.

“Penggunaan bilik darjah sebagai PPS ketika musim banjir boleh dielakkan sekiranya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membenarkan penggunaan kuarters guru yang tidak dihuni untuk menempatkan mangsa banjir.

“Sebanyak 183 unit kuarters guru di Bagan Serai ketika ini tidak dihuni dan boleh digunakan sebagai PPS buat sementara waktu. Ini boleh mengelakkan proses pembelajaran murid di dalam bilik darjah terganggu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Tabung Bencana Daerah kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Haji Aman di sini hari ini.

Tambah Razman, pihak kerajaan juga boleh membangunkan sebuah dewan di sekolah-sekolah yang telah digazetkan sebagai PPS yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi termasuk menempatkan mangsa banjir. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI