fbpx

Arab Saudi mungkin benar ibadat umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umat Islam mungkin dibenarkan mengerjakan ibadah umrah tidak lama lagi. Foto oleh AFP

RIYADH – Arab Saudi akan membatalkan sebahagian daripada penggantungan penerbangan antarabangsanya mulai hari ini, kata Kementerian Dalam Negeri, enam bulan selepas Riyadh menguatkuasakan larangan perjalanan berikutan pandemik Covid-19.

Warga Teluk dan rakyat asing yang memiliki permit pemastautin atau visa akan dibenarkan masuk ke Arab Saudi bemula esok selagi mereka tidak dijangkiti virus Covid-19, kata kementerian sama.

Golongan yang berada dalam ‘kagetori istimewa’ termasuk kakitangan dan tentera Arab Saudi, pekerja kedutaan, pelajar dan mereka yang memerlukan rawatan perubatan juga akan dibenarkan memasuki dan meninggalkan negara itu mulai esok.

Menurut kementerian sama, Arab Saudi juga akan mengumumkan kemudian berhubung pelan membenarkan ibadat umrah secara beransur-ansur.

Riyadh membekukan ibadat umrah pada Mac lalu berikutan bimbang virus Covid-19 akan menular ke kota paling suci umat Islam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI