fbpx

Ribut pasir di Turki, enam disahkan cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian ribut pasir di Polatli, Ankara semalam. - DHA / AFP

ISTANBUL – Satu kejadian ribut pasir berlaku semalam di daerah Polatli, Ankara di Turki, dengan tiupan angin semakin kuat dan menjejaskan urusan harian orang ramai di kawasan bandar.

Portal Daily Sabah melaporkan awan debu besar terbentuk di daerah berkenaan disebabkan kejadian ribut berhampiran.

Ribut pasir itu memusnahkan sejumlah khemah yang dijadikan tempat tinggal pekerja ladang di kawasan luar bandar.

Bencana cuaca itu juga menyebabkan gangguan aliran trafik kerana membataskan jarak penglihatan pengguna jalan raya.

Agensi Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) dan anggota bomba dikerah untuk membantu orang ramai dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan yang boleh berlaku.

Laporan awal agensi berita Anadolu Agency (AA) bahawa tiada kematian atau kecederaan berlaku.

Bagaimanapun, Gabenor Ankara, Vasip Şahin kemudiannya mengesahkan sekurang-kurangnya enam orang cedera akibat terkena objek tajam disebabkan tiupan angin kuat.

Ribut pasir itu turut menjejaskan kawasan kejiranan wilayah Kirikkale. Ada beberapa laporan kebakaran kecil disebabkan panahan petir tetapi berjaya dipadamkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI