fbpx

Pesawah Aceh angkut padi guna kereta ‘Lamborghini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELIHATAN seorang petani menuai padi di sisi sebuah kereta Lamborghini miliknya di Aceh. – youtube EJ LAMBO

JAKARTA – Seorang petani di Aceh menarik perhatian ramai kerana menuai dan mengangkut padi menggunakan kereta sport ‘Lamborghini’, lapor laman berita suara.com.

Bagaimanapun, pandangan dari dekat mendapati kereta mewah itu sebenarnya replika yang diubah suai daripada sebuah motosikal jenis Yamaha Vixion.

Klip video yang dimuat naik di laman YouTube oleh pemilik akaun bernama EJ LAMBO 22 menunjukkan petani itu menuai padi bersebelahan sebuah kereta Lamborghini berwarna jingga ­miliknya.

Replika mirip kereta Lamborghini sebenar itu mengundang respons ramai pengguna media sosial yang rata-rata kagum dengan rekaannya.

“Mantap seperti kereta mewah sebenar,” ujar seorang pengguna laman sosial bernama Fadhil Amer.

Seorang netizen lain dikenali sebagai Astina Media menyua­rakan rasa bangga dan terharu kerana terdapat individu begitu kreatif di negaranya, Indonesia.

“Indonesia sedang menuju menjadi sebuah negara kreatif dan mantap.

“Saya kagum dengan rekaannya,” ujar Astina.

Replika Lamborghini milik petani yang tidak diketahui identitinya itu turut dilengkapi de­ngan dua tempat duduk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI