fbpx

Lebur RM126,259 ditipu skim pelaburan Internet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang peniaga di Karak, Bentong dekat sini kerugian RM126,259 selepas ditipu skim pelaburan yang diiklankan di Internet.

Lelaki berusia 48 tahun itu melayari Internet pada 9 September lalu dan ternampak iklan pelaburan tersebut yang menjanjikan pulangan lumayan kepada pelabur.

Dia seterusnya menghubungi nombor telefon yang tertera di ruang iklan berkenaan dan bercakap dengan seorang lelaki yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa membuat pelaburan awal sebanyak RM1,000 dan menerima keuntungan RM500.

“Selepas mendapat pulangan tersebut, pengadu (mangsa) percaya dan membuat pelaburan yang lebih besar.

“Pengadu telah memasukkan wang sebanyak RM126,259 ke dalam tiga akaun berbeza atas nama tiga individu berlainan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa menyedari tertipu apabila sekali lagi diarahkan memasukkan wang sebanyak RM60,000.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI