fbpx

Koeman cabar Messi kembalikan prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) terpalit dengan spekulasi perpindahan, namun membuat keputusan kekal di Camp Nou sehingga penghujung musim ini. – AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Ronald Koeman mencabar Lionel Messi supaya mengembalikan semula tahap terbaiknya musim ini selepas menamatkan spekulasi perpindahan dengan memilih untuk kekal bersama pasukan itu.

Walaupun The Catalan mengharungi kempen mengecewakan musim lalu tetapi Messi, 33, masih berjaya meledak 31 ja­ringan dan melakukan 26 um­panan gol daripada 44 perlawanan dalam semua kejohanan.

Justeru, Koeman, 57, berharap pemenang enam kali Ballon d’Or itu dapat sekali lagi membuktikan tahap terbaiknya bagi memastikan kejayaan mampu diraih Barcelona musim ini.

“Messi adalah pemain terbaik dan kehadirannya amat penting buat Barcelona. Dia sudah membuktikannya pada setiap tahun, jadi saya berharap perkara sama dapat dilakukannya semula musim ini,” kata Koeman.

Kapten Argentina itu juga sudah kembali menjalani beberapa siri latihan skuad utama Barcelona menjelang perlawanan pertama saingan musim baharu La Liga menentang Villarreal di Camp Nou pada 27 September ini.

Justeru, Koeman merencana dua perlawanan persahabatan dengan menentang kelab divisyen dua, Gimnastic de Tarragona awal pagi semalam sebelum bertemu jiran setempat, Girona pada Rabu ini.

“Segalanya berjalan lancar walaupun kami mempunyai tempoh singkat selama empat minggu sahaja untuk pramusim tetapi saya percaya kami mampu bersedia sepenuhnya sebelum aksi pertama bertemu Villarreal,” jelas Koeman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI