fbpx

Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnol Zam Zam (kiri) melepaskan peserta konvoi pada majlis perasmian dan pelepasan kembara pengguna dan peniaga KPDNHEP Selangor 2020 di Subang Jaya, Selangor hari ini.

SUBANG JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan Program Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor 2020 hari ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, program itu antara lain bertujuan mendapatkan maklumat tentang kesedaran kepenggunaan dalam kalangan orang ramai.

“Pada masa sama, program ini akan turut mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) dan Program Jualan Malaysia (PJM) kepada anggota masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian dan Pelepasan Kembara Pengguna dan Peniaga KPDNHEP Selangor Tahun 2020 di sini hari ini.

Hasnol Zam Zam berkata, program itu turut melibatkan jelajah 12 kenderaan sejauh 591 kilometer bagi mempromosikan KBBM dan PJM di sekitar Selangor.

Menurut beliau, sebanyak 20 tempat kajian ditetapkan untuk konvoi itu mendapatkan responden dalam kalangan orang ramai mengenai kepenggunaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI