fbpx

Janna Nick diserbu netizen miang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JANNA NICK

BEBERAPA hari lepas, Diva ada menerima kiriman sekeping foto pelakon cantik, Janna Nick yang dilihat sedang melakukan aktiviti sukan lasak, wall climbing.

Pada mulanya Diva rasa gambar itu biasa sahaja, orang bersukan, apa yang hendak dihebohkan.

Tetapi selepas teman Diva, Miss Pinky beritahu cerita sebenar, barulah Diva faham.

Rupa-rupanya ada lambakan komen berbaur lucah ditulis netizen miang dalam ruangan komen foto tersebut.

Kata mereka, seluar panjang berwarna hitam yang dipakai oleh Janna sangat seksi sehingga menampakkan bentuk punggungnya.

Biarpun seluarnya berwarna gelap, tetapi memang bentuk punggung Janna agak menonjol, mungkin kerana posisi rakaman.

Jadi tidak hairanlah ramai yang meninggalkan komen tidak senonoh tentang bentuk badan pengacara Melodi itu.

Sebenarnya, Diva pun tak pasti apa yang seksi sangat tentang gambar tersebut, setiap orang mata yang berbeza.

Tetapi itulah yang berlaku. Cuma, Diva tak rasa Janna pedulikan sangat komen-komen nakal yang diterimanya. Suka hatilah netizen nak cakap apa.

DIVA: Alhamdulillah dan tahniah kepada 25 orang penggiat seni yang menerima rumah Projek Perumahan Rakyat baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI