fbpx

Ducati sambar khidmat Bastianini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI memiliki bakat dan potensi yang cukup besar menyebabkan Ducati terus menyambar khidmatnya. – AFP

MISANO – Pelumba Moto2 Itali, Enea Bastianini dinaikkan pangkat beraksi dalam kelas premier musim depan selepas secara rasmi menandatangani kontrak bersama pasukan Ducati untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021.

Pelumba berusia 22 tahun itu yang ketika ini beraksi bersama Italtrans Racing Moto2 dijangka akan mengambil alih tempat Johann Zarco bersama pasukan satelit Ducati, Avintia Racing selepas pelumba itu dikhabarkan menyertai pasukan utama.

Sejak di kelas Moto3 lagi, Bastianini disebut-sebut akan menyertai kelas premier selepas mempamerkan aksi yang cukup baik dan tahun ini dia juga berjaya menaiki tiga podium termasuk kemenangan di Andalusia dan Republik Czech.

Hasil keputusan tersebut, Bastianini dikaitkan menyertai pasukan Ducati selepas Andrea Dovizioso memilih untuk meninggalkan pasukan yang berpangkalan Itali itu.

Francesco Bagnaia (Pramac Racing) dan Johann Zarco turut dalam radar untuk menggantikan tempat Dovizioso.

“Saya telah menandatangani kontrak dengan Ducati tetapi buat masa ini saya tidak tahu pasukan mana yang saya akan diletakkan. Kemungkinan ming­gu depan saya akan tahu keputusan tersebut.

“Saya gembira dengan berita ini dan sangat bagus menyertai pasukan Ducati. Dapat beraksi dengan jentera Itali dan saya juga dari Itali. Saya harap mampu tampil dengan baik kerana Ducati sudah menjadi sebahagian dari keluarga saya.

Bastianini kini menduduki tangga kedua carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 79 mata dan hanya dipisahkan lapan mata dengan pendahulu perlumbaan, Luca Marini (Sky Racing Team VR46). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI