fbpx

50 rumah terjejas banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM Daerah Kulim melakukan pemantauan di sebuah rumah di Mukim Karangan yang dilanda banjir kilat malam tadi.

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Kira-kira 50 buah rumah di lima kawasan dalam Mukim Karangan di sini dilanda banjir kilat kira-kira pukul 10 malam tadi selepas hujan lebat berterusan selama empat jam.

Kawasan yang terjejas adalah Perumahan Awam Karangan, Kampung Banggol Penyengat, Kampung Sungai Kob, Kampung Padang Limau dan Kampung Padang Janggus.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah  Kulim, Leftenan (PA) Mohd. Fadhil Fahmi Zaini berkata, banjir berlaku akibat limpahan air dari Sungai Kob dan kawasan bukit berhampiran selepas hujan lebat sejak pukul 6 petang semalam.

“Paras air sungai meningkat dengan cepat dan melimpah ke kawasan rendah,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, banjir melibatkan 15 buah rumah di Perumahan Awam Karangan, Kampung Banggol Penyengat (20),  Kampung Sungai Kob (7), Kampung Padang Limau (5) dan Kampung Padang Janggus (3).

“Banjir surut dengan cepat dan buat masa ini tiada pusat pemindahan dibuka,” ujarnya.

Tambahnya, pemantauan paras sungai dan rumah penduduk akan terus dilakukan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI