fbpx

Pjanic pikul harapan besar Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PJANIC menjadi satu-satunya pemain yang ditandatangani Barcelona setakat ini selepas urusan pertukarannya bersama Arthur selesai. – AFP

BARCELONA – Pemain tengah baharu Barcelona, Miralem Pjanic berazam untuk mengubat duka pasukan The Catalan dengan membantu menjuarai trofi berprestij menjelang saingan musim baharu yang akan bermula minggu depan.

Sebagai rekod, Pjanic merupakan satu-satunya pemain baharu yang ditandatangani oleh skuad kendalian Ronald Koeman itu selepas pertukaran ‘suka sama suka’ dilakukan bersama Juventus yang mendapatkan khidmat Arthur Melo.

Kini, kedudukan Pjanic dalam kesebelasan utama nampak terjamin selepas seorang lagi pemain tengah berpengaruh Barcelona, Ivan Rakitic berhijrah ke Sevilla minggu lalu.

“Ini adalah detik istimewa dalam karier saya apabila menjejakkan kaki ke Camp Nou sebagai pemain Barcelona yang rasmi. Saya tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan sepasukan yang baharu.

“Secara jujur, banyak misi yang saya mahu lakukan selepas menyarung jersi Barcelona antaranya adalah seperti membantu mereka menamatkan musim suram yang lepas dengan menjulang trofi berprestij tahun depan,” katanya.

Pemain antarabangsa Bosnia berusia 30 tahun itu sebelum ini memiliki pengalaman luas di peringkat tertinggi Eropah selepas berkelana mewakili pasukan hebat seperti Olympique Lyon, AS Roma dan Juventus.

Difahamkan, Barcelona sedang memburu khidmat beberapa pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup seperti Memphis Depay, Georginio Wijnaldum dan Thiago Alcantara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI