fbpx

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran al-Quran harus dipelbagaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI beramah mesra dengan Muhammad Zaiim Wafi Zarlil, 15, pelajar Bayt Al-Ikhlas pertama berjaya memghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 bulan. FOTO SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Pendekatan dan pembelajaran al-Quran harus dipelbagaikan bagi membolehkan lebih ramai anggota masyarakat berkemampuan menghafaz dan menghayati kitab suci itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli  Mohamad Al-Bakri berkata, ia kerana pemahaman dan kemampuan orang ramai tidak sama terutama daripada segi uslub dan metodologi pengajaran yang digunakan.

“Saya lebih menekankan isu pembelajaran al-Quran dan cara bagaimana menguasai kitab itu daripada aspek bacaan, tajwid, bagaimana melagukannya termasuk juga kefahaman tafsir, qiraat dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan Silaturrahim ke Maahad Tahfiz Bayt Al-Ikhlas di Teluk Muroh di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mahaad tahfiz yang menyediakan penginapan asrama untuk pelajar, kaedah pembelajaran hafazan harian seperti dilaksanakan beberapa institusi termasuk masjid juga dapat menambah lebih ramai orang mempelajari al-Quran.

Ujarnya, kaedah itu dapat memaksimumkan capaian masyarakat terhadap pembelajaran menghafal al-Quran di seluruh tempat dan masyarakat.

Beliau turut memuji pendekatan Bayt Al-Ikhlas yang menggunakan kaedah penghafalan al-Quran sepenuhnya selama tempoh 18 bulan manakala pembelajaran mata pelajaran lain hanya dilakukan selepas itu selama tiga tahun.

Katanya, ia adalah salah satu pendekatan yang boleh digunakan dan ada bamyak pendekatan lain boleh digunakan agar al-Quran sentiasa berada di hati umat Islam dan masyarakat. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN