fbpx

Pemilik anjing tiada lesen pelihara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kawasan perumahan di mana seorang bayi putus tangan akibat digigit anjing.

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Pemilik anjing yang mengigit tangan kanan bayi perempuan berusia tujuh hari sehingga putus di Bachang di sini disahkan tidak memiliki lesen memelihara anjing.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Zainal Abu berkata, pemilik lelaki berusia 41 tahun itu juga didapati melakukan kesalahan kerana memelihara anjing daripada baka yang tidak boleh dilesenkan.

Menurutnya, susulan laporan diterima berkaitan kejadian Selasa lalu, sepasukan anggota MBMB bersama pihak polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri telah pergi ke lokasi kejadian di Taman Widuri, Bachang.

“Ketika kami tiba, keadaan agak emosi dan berdasarkan semakan, pemilik haiwan tidak mempunyai rekod pemilikan lesen anjing baka Jerman yang jarang dipelihara itu.

“Anjing jantan itu telah di bawa ke pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk tindakan pengesahan kuarantin selama dua minggu bagi memastikan tiada gejala Rabies,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainal menambah, MBMB akan mengenakan tindakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2, 000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI