fbpx

Leeds enggan ubah cara hadapi Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIELSA tidak menganggap pertemuan menentang Liverpool sebagai aksi istimewa dan mahu mengekalkan corak permainan mereka. – AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa menegaskan beliau tidak akan mengubah corak permainan pasukannya menje­lang aksi menentang Liverpool pada saingan Liga Perdana England (EPL) di Anfield awal pagi esok.

Leeds kembali bersaing dalam pentas tertinggi bola sepak England itu selepas menampilkan corak permainan menarik sehingga muncul juara Liga Kejuaraan musim lalu.

Meskipun corak permainan seperti itu sukar diterapkan, namun ia mampu memberi kelebihan kepada mana-mana pasukan yang boleh menguasai taktikal berkenaan.

“Sukar untuk ramal bagaimana pemain-pemain saya menyesuaikan diri dengan saingan EPL. Kami sudah bersedia dan akan tampilkan aksi terbaik pada perlawanan itu nanti.

“Pemain-pemain saya sudah lama beraksi bersama. Kami juga berjaya kekalkan pemain yang mampu beraksi pada tahap lebih tinggi. Leeds akan mengekalkan corak permainan sama menentang Liverpool,” kata Bielsa.

Pada masa sama, beliau juga tidak mahu pemain-pemainnya terlalu menghormati Liverpool meskipun skuad kendalian Jurgen Klopp itu dianggap sebagai salah sebuah pasukan terbaik dunia.

“Semua pemain perlu bermain seperti biasa dan tidak perlu terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan. Kami perlu bermain dengan cara sendiri,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI