fbpx

KKM, MKN tentukan keputusan tutup sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (tengah) menunjukkan isyarat bagus semasa melawat salah sebuah bilik darjah selepas merasmikan bangunan Reverend William Edward Horley dan Ms Grace Towers di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di Ipoh hari ini. Foto ZAKI SALLEH.

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Sebarang keputusan untuk menutup sekolah sekiranya berlaku penularan kes wabak Koronavirus (Covid-19) akan dilaksanakan selepas mendapat nasihat profesional Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan melihat berdasarkan kes dan keperluan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, justeru pihak kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan KKM dan MKN bagi memastikan keselamatan para pelajar serta guru-guru di seluruh negara menjadi keutamaan.

Menurut beliau, ketika ini semua sekolah juga mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang lengkap sepertimana ditentukan oleh pihak KKM sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19.

“Sebarang keputusan membabitkan penutupan sekolah berkaitan Covid-19 adalan di bawah bidang kuasa KKM dan MKN, hanya apabila kedua-dua pihak berkenaan membuat ketetapan.

“Kita sememangnya sentiasa mengambil berat soal keselamatan pelajar dan warga pendidik,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan bangunan Reverend William Edward Horley dan Ms Grace Towers di Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita kemungkinan kementeriannya bercadang untuk menutup sekolah di negeri Kedah ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) di daerah Kota Setar.

Pelaksanaan Temco yang berkuat kuasa sehingga 25 September ini melibatkan kira-kira 336,787 penduduk susulan Kluster Sungai dan Kluster Telaga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI