fbpx

Garis panduan solat jemaah ambil kira ijtihad ulama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri(kanan) menyampaikan Anugerah Ikon Rumah Ngaji Negeri Perak kepada Normah Hanum Ibrahim(kiri) pada Program Nadwah Penyelarasan Sekretariat NGO Dakwah Islam Perak di Hotel Casuarina Meru,Ipoh. Foto- ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Garis panduan berkaitan pelaksanaan ibadah solat berjemaah dalam tempoh penularan wabak Covid-19 diputuskan setelah mengambil kira ijtihad atau pandangan para ulama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, amalan norma baharu itu juga telah dijelaskan dalam buku ‘Soal Jawab Fiqh Covid-19’ yang diterbitkan Jun lalu.

“Contohnya dalam isu sembahyang, apabila kita sembahyang kita ada penjarakan. Sebenarnya, ini (tatacara) telah dibahaskan oleh para ulama. Ada perkara-perkara yang kita nampak macam bercanggah tetapi semuanya adalah ijtihad mereka.

“Kita juga ada buku Fiqh Covid-19 yang menjelaskan beberapa isu baharu berkenaan agama yang diambil daripada Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri serta antarabangsa,” katanya selepas merasmikan Nadwah Penyelarasan Sekretariat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dakwah Islam Perak di Hotel Casuarina@Meru di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video tular di media sosial yang memaparkan seorang pendakwah terkenal mempersoalkan amalan norma baharu di negara ini.

Dalam video berdurasi dua minit itu, pendakwah tersebut mendakwa amalan norma baharu ketika penularan pandemik Covid-19 melibatkan tatacara perlaksanaan ibadat sehingga bercanggah dengan Islam harus dilihat semula.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, segala keputusan yang diambil kerajaan dalam memutuskan sesuatu perkara itu setelah melihat kepada keperluan semasa.

“Kerajaan juga pasti melihat pelbagai sudut (dalam menetapkan norma baharu) berpandukan kaedah-kaedah fiqh yang menyebut bahawa tindak-tanduk imam (pemerintah) terhadap rakyatnya hendaklah didasarkan kepada maslahah (keperluan umum semasa),” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI