fbpx

Cef remaja rugi RM2,000 ditipu kenalan Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Seorang cef wanita berusia 19 tahun di Bentong semalam mengalami kerugian RM2,000 selepas ditipu seorang lelaki yang dikenalinya di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berkenalan dengan lelaki terbabit ketika melayari laman sosial Facebook pada 4 Ogos lalu.

“Suspek memperkenalkan diri sebagai Leo dan tinggal di United Kingdom. Selepas perkenalan itu, mereka saling berhubung menggunakan aplikasi WhatsApp.

“Leo memberitahu ingin memberi hadiah kepada mangsa sebelum wanita terbabit dihubungi seorang individu lain yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran barang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar beliau, lelaki berkenaan meminta mangsa membayar RM2,000 kononnya untuk menjelaskan cukai kastam ke atas barang yang dikirim dari United Kingdom.

“Mangsa membuat bayaran ke dalam akaun bank tempatan milik seorang lelaki. Selepas bayaran itu dibuat, suspek sekali lagi meminta mangsa membayar RM7,200.

“Wanita itu tidak membayar untuk kali kedua kerana rasa dirinya ditipu. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI