fbpx

Budak jatuh di sungai dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh ALICIA JOHNY KUEH

KANOWIT – Seorang budak lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berdekatan Kampung Nanga Kabah, di sini hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mereka telah menerima panggilan dari MERS 999 berkaitan perihal tersebut sekitar pukul 9.11 pagi tadi.

“Mangsa yang dikenali sebagai Dublin Clint dipercayai telah jatuh ke dalam sungai berkenaan.

“Laporan awal mendapati penduduk kampung hanya menemui bot mangsa hanyut di sungai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, berikutan itu, pihak bomba telah menghantar satu pasukan yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Labang Bunsu ke lokasi kejadian.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI