fbpx

84 ingkar PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seramai 84 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam dengan 76 individu dikompaun dan lapan lagi direman.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal menyediakan peralatan keluar masuk (28), tidak memakai pelitup muka (22), aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (14) dan aktiviti di dalam kelab malam (20).

Beliau berkata, seramai 108 pendatang tanpa izin ditangkap dan seorang penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng yang dijalankan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Solat Jumaat turut dijalankan di 1,787 masjid yang membabitkan 418,009 jemaah di seluruh negara dan kesemua masjid dan jemaah didapati mematuhi SOP ditetapkan.

Berhubung kuarantin wajib, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 27,101 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai hingga semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,097 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib manakala 69 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Selain itu, seramai 16,935 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI