fbpx

Wanita maut jatuh flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut selepas terjatuh dari kediamannya di flat Kampung Aman, Seri Kembangan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 33 tahun itu terjatuh dari tingkat lima flat tersebut.

“Pihak polis terima maklumat berhubung kejadian pada pukul 5.50 petang semalam dan hasil pemeriksaan fizikal pada mayat tidak menjumpai sebarang kecederaan akibat perbuatan jenayah.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah disebabkan kecederaan akibat terjatuh dari bangunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya siasatan lanjut masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI