fbpx

Sewa hotel untuk simpan hasil curi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas polis dalam serbuan di sebuah hotel di Damansara Damai.

PETALING JAYA – Kegiatan lima individu termasuk dua wanita yang menyewa hotel di Damansara Damai di sini bagi menyimpan hasil curi terbongkar selepas kesemua mereka diberkas polis pada Rabu lalu.

Taktik kumpulan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 18 tahun dalam keadaan mencurigakan sebelum memeriksa motosikal yang ditungganginya bersabit rekod hilang pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, bertindak atas maklumat suspek pihak polis menyerbu sebuah hotel yang dijadikan stor menyimpan barang curi.

“Dalam serbuan itu, kita menahan empat lagi rakannya termasuk dua wanita berusia lingkungan 14 hingga 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan di bilik hotel itu polis merampas lapan buah telefon bimbit pelbagai jenama serta peralatan yang digunakan untuk kegiatan curi motosikal dan pecah cermin kereta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan mereka dalam kes curi motosikal di daerah Petaling Jaya.

“Selain itu, semakan juga mendapati dua daripda lima suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek kini direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI