fbpx

Penganggur didakwa bunuh bekas sami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, R. Gunaselvam, 30, dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kampar hari ini selepas didakwa membunuh bekas sami pertengahan bulan lalu.

KAMPAR – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan bekas sami pertengahan bulan lalu.

Tertuduh, R. Gunaselvam, 30, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Gunaselvam didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian bekas sami, K. Chalappan, 54, di sebuah rumah di Jalan Kampung Batu Puteh di sini antara pukul 7 malam hingga 11.30 malam 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norashikin Hassanor manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Nur Faizah kemudian menetapkan 13 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Kosmo! hari ini melaporkan perselisihan faham dipercayai menjadi punca pergaduhan dua lelaki yang menyebabkan kematian seorang daripada mereka dalam kejadian di Kampung Batu Putih di sini, 28 Ogos lalu.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 54 tahun itu mengalami kecederaan parah setelah dipijak beberapa kali di kepala dan leher sebelum dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Bagaimanapun mangsa menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat pada 1 September lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI