fbpx

Pemilik restoran didakwa pukul isteri sehingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haron diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memukul isterinya sehingga parah pada Isnin lalu.

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA

MELAKA – Seorang pemilik restoran warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga parah pada Isnin lalu.

Tertuduh, Harun Or Rashed, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah kepada isterinya, Masturah Senin, 49, dengan cara memukul menggunakan tangan kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah rumah di Taman Bachang Baru, pada 7 September lalu.

Sabit kesalahan tertuduh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun serta denda mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta yang sama.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Lyiana Zainal Abidin tidak mencadangkan sebarang jaminan dengan mengambil kira tertuduh adalah warga asing, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara, jaminan RM50,000 dicadangkan bersama dua orang penjamin warganegara.

Peguam Ahmad Muzhaffar Abd. Razak yang mewakili tertuduh merayu agar jumlah jaminan yang rendah berikan kepada anak guamnya dengan alasan telah menetap di Malaysia sejak 15 tahun dan berkahwin dengan penduduk tempatan, selain restorannya terpaksa ditutup ekoran kesan pandemik Covid-19.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norma kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan dua orang penjamin selain daripada isterinya dan pasport antarabangsa tertuduh perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.

Beliau turut menetapkan 13 Oktober depan tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI