fbpx

MFL: Aksi Kedah dan Sabah di Alor Setar minggu depan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. GHANI memaklumkan bahawa perlawanan antara Kedan dan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar minggu depan diteruskan meskipun dikenakan PKPD.

PERLAWANAN Liga Super melibatkan pasukan Kedah menentang Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 September tetap diteruskan meskipun daerah itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan yang menegaskan pihaknya akan sentiasa memantau perkembangan terkini PKPD di Kedah.

Sebagai rekod, sebanyak 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah telah dikenakan PKPD berkuat kuasa semalam sehingga 25 September depan.

Ab. Ghani berkata, MFL akan mengikuti perkembangan PKPD dan sentiasa berhubung rapat dengan pasukan Kedah bagi memastikan segala maklumat semasa dapat dikemaskini sebelum memutuskan sebarang perubahan jadual disebabkan pandemik Covid-19.

“Buat masa ini, jadual antara pasukan tuan rumah, Kedah dan Sabah pada 19 September 2020 ini adalah kekal dan tidak berubah.

“Namun, MFL memandang serius perkembangan terkini dan apa yang berlaku di Alor Setar di mana kami akan mengambil pendekatan meninjau situasi Covid-19 daripada masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengulas lanjut, Ab Ghani  tidak menolak berlaku perubahan jadual Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar jika situasi pandemik Covid-19 menjadi semakin serius.

“Jika ada kelonggaran kemasukan pasukan di daerah PKPD dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat diamalkan, saya fikir tiada masalah.

“Namun, jika ia tidak mendapat kebenaran kerajaan, MFL telah pun mengkaji beberapa mekanisme lain termasuk bermain di luar negeri tersebut,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI