fbpx

Lima lelaki ditahan proses ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lima lelaki ditahan kerana memiliki 32 liter air ketum beserta 670 kilogram daun ketum di kawasan Tampoi.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Lima lelaki ditahan kerana memiliki 32 liter air dan 670 kilogram (kg) daun ketum dalam satu serbuan dijalankan polis di sebuah rumah kawasan Tampoi, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, mereka ditahan pada pukul 1.45 petang.

“Ketika pemeriksaan dibuat, pihaknya menemui 670 kg daun ketum, 32 liter air ketum, dua botol kodein serta peralatan digunakan untuk memproses air ketum.

“Nilai rampasan dadah keseluruhan dianggarkan sebanyak RM10,120,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Fariz Ammar, pemeriksaan air kencing yang dibuat terhadap kesemua suspek berusia antara 23 hingga 34 tahun itu mendapati seorang daripada mereka positif penyalahgunaan dadah.

“Turut dirampas dalam serbuan berkenaan sebuah kenderaan jenis Hyundai Starex bagi tujuan membantu siasatan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15)1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI