fbpx

Kes Covid-19 naik tiga digit, catat 182 kes hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 sekali lagi melonjak kepada tiga digit hari ini dengan 182 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 9,810 kes.

Daripada jumlah tersebut, 181 kes adalah penularan tempatan dengan sebahagian besar kes melibatkan Kluster Benteng LD di Sabah iaitu 167 kes manakala 14 kes daripada Kluster Sungai dan Kluster Telaga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes penularan tempatan yang dilaporkan hari ini melibatkan 90 warga Malaysia dan 91 warga asing.

“Daripada 167 kes baharu Kluster Benteng LD, 76 kes adalah warga negara membabitkan 70 kes banduan penjara dan enam kes orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat.

“Sebanyak 91 kes lagi adalah warga asing melibatkan Filipina (61 kes) dan Indonesia (30 kes),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi Kluster Sungai terdapat 11 kes baharu dikesan hari ini menjadikan 50 kes positif Covid-19 dalam kluster tersebut.

Katanya, selain itu tiga kes baharu Covid-19 direkodkan dalam Kluster Telaga hari ini menjadikan 16 kes positif dalam kluster berkenaan.

“Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Hisham berkata, terdapat satu kes import di Selangor melibatkan seorang warga Filipina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI