fbpx

Kedai makan Siti Elizad dinaiki air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Elizad

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad mendedahkan kedai makan yang diusahakan bersama rakan kongsinya, Rencah Utaqa dinaiki air disebabkan banjir kilat yang melanda ibu negara semalam.

Menurut pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, ketika kejadian banjir itu berlaku, dia tidak berada di restoran yang terletak di Kampung Baru itu.

Situasi kedai makan milik Siti Elizad dan rakan kongsinya di Kampung Baru yang dinaiki air akibat banjir kilat yang melanda ibu negara semalam.

“Ya, kedai saya dimasuki air. Kejadian itu berlaku sekitar pukul 5.30 petang ketika semua staf sedang sibuk untuk mulakan operasi perniagaan semalam.

“Saya hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan oleh staf kami mengenai banjir itu. Kata mereka, banjir memang teruk di Kampung Baru tapi Alhamdulillah tiada sebarang kerugian yang terpaksa ditanggung,” katanya kepada Kosmo! Sebentar tadi.

Tambahnya, sejurus dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, Elizad mengarahkan stafnya untuk tidak membuka kedai dan beroperasi seperti biasa.

“Niat awal memang hendak ke sana selepas kerja, tapi disebabkan banyak jalan ditutup akibat banjir, saya terpaksa batalkan niat itu.

“Syukur staf saya semua selamat dan semua perabot serta perkakas kedai juga sempat diselamatkan dan diletakkan dalam tempat yang tinggi. Kedai pun sudah beroperasi semula hari ini,” ujarnya.

Katanya, dia turut melahirkan perasaan simpati kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat banjir yang melanda semalam.

“Saya berniaga dan saya faham perasaan dan situasi yang dialami mereka. Pasti ada yang tak sempat untuk menyelamatkan barang-barang mereka,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI