fbpx

JDT tewaskan TFC I 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Safawi mengatasi penjaga gol TFC I, Mohd. Shamirza untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini. KREDIT Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA NERUS – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menumpaskan Terengganu FC I (TFC I) 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan juara bertahan tersebut mengungguli takhta liga dengan perbezaan lapan mata mengatasi pencabar terdekat, Perak yang berada di tangga kedua dengan kutipan 11mata.

TFC I yang tewas dua aksi berturut-turut pula jatuh ke tangga keempat dengan meraih 10 mata daripada tujuh perlawanan.

Pemain sayap sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid muncul wira apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-5.

Jaringan itu berpunca daripada kesilapan barisan pertahanan TFC I sewaktu melakukan hantaran ke belakang yang bijak dipintas Muhammad Safawi sebelum menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd. Shamirza Yusoff.

JDT juga berpeluang untuk menjarakkan kedudukan namun percubaan pemain tengah, Mohd. Afiq Fazail tepat ke dakapan Mohd. Shamirza pada minit ke-12.

Peluang terbaik TFC I untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit ke-42 namun tandukan pemain pertahanan import, Argzim Redzovic melepasi palang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI