fbpx

Indonesia tarik diri daripada Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAINGAN Piala Thomas 2020 yang dijadualkan berlangsung di Aarhus, Denmark Oktober depan makin hilang seri selepas juara 13 kali, Indonesia menarik diri daripada menyertai edisi kali ini.

Keputusan itu dibuat selepas Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) mengadakan pertemuan serta perbincangan bersama semua pemain dan pegawai pasukan.

Setiausaha Agung PBSI, Achmad Budiharto mengesahkan pasukan Indonesia terpaksa menarik diri selepas mengambil kira pandemik Covid-19 yang masih belum pulih di negara itu serta seluruh dunia.

“Keputusan ini dibuat selepas kami berbincang dengan semua pemain serta pegawai pasukan. Pasukan Indonesia akan menarik diri daripada saingan Piala Thomas kali ini.

“Selepas menilai perkembangan Covid-19 di Indonesia dan negara-negara lain, ia menimbulkan keraguan dalam kalangan pemain,” katanya dipetik daripada laman web PBSI.

Setakat ini, lima negara sudah mengambil keputusan untuk tidak menghantar pasukan ke Piala Thomas iaitu Indonesia, Australia, Taiwan, Thailand dan Korea Selatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI