fbpx

Golongan muda diseru daftar i-Saraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Shahar (dua, dari kanan) beramah mesra dengan orang ramai ketika ketika melawat KWSP Negeri Sembilan di Seremban hari ini.

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN – Golongan muda terutama yang terbabit dalam sektor gig ekonomi digesa mendaftar dalam program i-Saraan bagi membuat simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) demi masa depan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd. Shahar Abdullah berkata, ketika ini sambutan terhadap program itu tidak memberangsangkan apabila hanya 255,000 sahaja yang mendaftar daripada 2.7 juta rakyat yang bekerja sendiri.

Katanya, lebih mengecewakan daripada 255,000 yang mendaftar itu hanya 18 peratus sahaja yang mencarum secara konsisten pada setiap bulan.

“Kerajaan berharap rakyat terutama anak muda dalam sektor gig ekonomi yang memuncak ketika wabak Covid-19 harus menggunakan ruang dan peluang yang disediakan untuk mendaftar program ini.

“Gig ekonomi ini adalah satu industri yang sangat membesar dan melibatkan ramai anak-anak muda dan kerajaan sudah peruntukan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) hampir RM50 juta untuk i-Saraan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Jelajah Kosultasi Bajet 2021 di bangunan KWSP Negeri Sembilan di sini hari ini.

Tambahnya, program i-Saraan ini adalah inisiatif PENJANA yang menyasarkan sektor gig ekonomi iaitu kumpulan yang tiada pendapatan bulanan seperti peniaga, pemandu teksi dan e-hailing.

Katanya, mereka yang mendaftar dan mencarum melalui program itu akan mendapat menfaat sama seperti pekerja formal yang menyimpan di KWSP.

“Kerajaan berharap golongan ini dapat untuk mendaftar dan mencarum sekurang-kurangnya RM1 sebulan serta maksimum RM60,000 sebulan.

“Tujuan kerajaan mengwujudkan program ini untuk menyediakan skim perlindungan sosial kepada rakyat yang tidak berpendapatan tetap yang kita lihat terkeluar daripada jaringan keselamatan ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN