fbpx

6 lelaki bergaduh diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Besi penghalang automatik yang rosak akibat pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan kediaman di Tampoi, Johor Bahru, Selasa lalu. - Foto IHSAN POLIS

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Enam lelaki ditahan kerana terlibat dalam satu pergaduhan di kawasan kediaman di Tampoi di sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kesemua suspek diberkas di sekitar bandar raya ini sehari selepas pergaduhan itu berlaku.

Katanya, pergaduhan yang dilaporkan berlaku pada pukul 10.20 malam itu melibatkan seramai 12 suspek berusia antara 21 hingga 36 tahun, namun hanya enam ditahan setakat ini.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan masalah yang berlaku antara dua rakan kongsi perniagaan.

“Pergaduhan ini turut melibatkan penggunaan senjata seperti parang, rotan dan kerusi plastik di kawasan kediaman itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, seorang suspek mengalami kecederaan patah tangan akibat pergaduhan itu selain sebuah kenderaan Mercedes Benz dan pondok keselamatan mengalami kerosakan.

“Pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan termasuk terhadap suspek mendapati kesemuanya negatif.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan untuk memburu enam lagi suspek yang masih bebas,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh, jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI