fbpx

162 bubu naga dirampas di perairan Manjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 162 unit bubu naga bernilai RM16,200 yang dirampas Jabatan Perikanan Perak dalam operasi di sekitar perairan Manjung semalam.

Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN

LUMUT – Sebanyak 162 unit peralatan bubu naga bernilai RM16,200 dirampas Jabatan Perikanan Perak dalam operasi di sekitar perairan daerah Manjung semalam.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yob berkata, operasi dilakukan di perairan Tanjung Hantu dan Pulau Talang, Segari dekat sini bermula 7 September lalu hingga semalam.

Katanya, operasi itu dilakukan selepas menerima aduan nelayan yang memberitahu aktiviti menangkap ikan menggunakan peralatan bubu naga yang diharamkan itu masih aktif berlaku di perairan tersebut.

“Operasi empat hari itu menemui 162 unit bubu naga yang setiap satu berukuran enam meter dipercayai baru dipasang di sekitar perairan tersebut oleh individu yang belum dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mansor berkata, semua bubu naga itu dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 dan pihaknya masih menyiasat pihak bertanggungjawab memasang peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, sepanjang tahun ini, CPS Kampung Acheh sudah merampas 1,389 unit bubu naga bernilai RM111,120 dengan sebahagian besar peralatan tersebut banyak digunakan di perairan Pantai Remis dekat sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI