fbpx

Wanita maut temani suami baiki treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan treler mangsa yang terbabit kemalangan di Jalan Pelabuhan Barat menghala Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Klang semalam.

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Hasrat seorang isteri menemani suaminya membaiki treler di sebuah bengkel berakhir tragedi apabila maut selepas kenderaan berat itu terbabas  di Jalan Pelabuhan Barat menghala Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, Nur Aliza Abdul Mutalib, 26, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan selepas tercampak keluar daripada treler itu.

Manakala, pemandu treler, Razlan Abdul Latif, 35, dan anak angkat mereka, Muhammad Qhalish Abdul Rahman, 3, cedera akibat kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati tiga sekeluarga yang menetap di Sungai Petani, Kedah itu sedang menuju ke sebuah bengkel di sekitar Pulau Indah.

“Bagaimanapun, pemandu treler itu dipercayai hilang kawalan ketika melalui laluan selekoh sebelum berpusing dan terbabas di bahu jalan.

“Akibatnya, Nur Aliza yang berada di bahagian penumpang tercampak keluar daripada treler tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Kata beliau, semua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk tindakan lanjut untuk rawatan lanjut dan bedah siasat.

Jelas Shamsul Amar, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI