fbpx
Status yang dimuat naik di laman sosial Facebook Dato' Ustaz Mohd. Kazim Elias memberitahu penceramah itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur petang semalam.

Ustaz Kazim masuk hospital, kurang sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur petang semalam setelah dikatakan berada keadaan kurang sihat.

Berita mengenainya disiarkan di dalam media sosial Facebook milik penceramah itu yang mendapat respon lebih 41,000 orang dan hampir 10,000 komen serta lebih 900 orang berkongsi berita tersebut sejak dimuat naik pada pukul 8 pagi tadi.

Hantaran tersebut memberitahu beliau dimasukkan ke sebuah hospital swasta sebaik tiba di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari Ipoh.

“Semoga Dato’ Ustaz Mohd. Kazim diberikan kesembuhan. Beliau sekali lagi dimasukkan ke hospital petang semalam sebaik sahaja sampai di Bukit Jalil selepas mengadu dirinya tidak stabil sejak Isnin lepas,” katanya.

Rata-rata netizen yang memberikan komen mendoakan kesihatan penceramah itu bertambah baik selain segera sembuh dan kembali menyampaikan ceramah agamanya.

Mei lalu, Ustaz Kazim dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ipoh untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Penceramah itu dikatakan mengalami masalah tidak boleh tidur dan berlarutan sejak dua bulan pada waktu itu. K! ONLINE.

POPULAR