fbpx

Terbuka Malaysia akan jadi sasaran Hakimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI memasang impian untuk layak ke Sukan Olimpik dengan menyasarkan untuk mengutip mata pada Kejohanan Terbuka Malaysia pada Disember nanti.

JAGUH lompat kijang Asia Tenggara, Muhammad Hakimi Ismail menyifatkan had kelayakan 17.14 meter (m) untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun depan adalah satu jarak yang mampu dicapai atlet-atlet lain termasuk dirinya.

Meskipun belum pernah melompat sejauh 17m tetapi Hakimi, 28, merasakan dia mampu melakukannya memandang­kan catatan kebangsaan milik­nya yang juga rekod Sukan SEA iaitu 16.77m sudah tidak jauh dengan jarak tersebut.

Juara Sukan SEA 2015, 2017 dan 2019 itu mahu menjadikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada Disember depan sebagai pentas pertama dia cuba melayakkan diri sebelum tempoh kelayakan ditutup pada 29 Jun 2021.

“Walaupun tidak pernah capai lagi tetapi catatan saya sudah semakin hampir. Ada masa lagi untuk cuba layak bermula Terbuka Malaysia hujung tahun ini.

“Pada masa sama, saya perlu menjadi juara kebangsaan pada Terbuka Malaysia supaya saya dapat tambahan 100 mata bagi memperbaiki kedudukan ran­king dunia.

“Saya perlu sertai banyak kejohanan besar yang menawarkan banyak mata. Ia membantu mencerahkan peluang ke Olimpik Tokyo jika saya gagal layak secara merit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Disebabkan itu, Hakimi memandang serius saingan Terbuka Malaysia hujung tahun ini kerana ia adalah satu-satunya kejohanan tempatan yang menawarkan banyak mata untuk kedudukan ranking dunia.

Justeru, pembawa Jalur Gemilang pada Sukan Komanwel 2018 itu mahu menjadikan Terbuka Perak yang akan diadakan pada November depan sebagai pentas pemanas badan sebelum memberikan lompatan terbaik pada Terbuka Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI