fbpx

Satu parah babitkan lima kenderaan elak anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah motosikal di Lebuh Raya Selat Klang pagi tadi.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

KLANG – Gara-gara ingin mengelak seekor anjing, empat buah kenderaan dan sebuah motosikal terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, seorang lelaki yang merupakan penunggang motosikal berusia 21 tahun parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah ( HTAR ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu wanita berusia 43 telah menekan brek secara mengejut untuk mengelak seekor anjing yang melintas jalan.

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan tiga kenderaan iaitu jenis Toyota Land Cruiser, Perodua Myvi dan lori serta sebuah motosikal yang berada di belakang tidak sempat mengelak sebelum melanggar satu sama lain.

“Seorang daripada mereka iaitu penunggang motosikal tersebut yang patah di bahagian rahang telah dikejarkan ke HTAR,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, insiden tersebut berlaku ketika kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja.

Difahamkan, kemalangan itu mengakibatkan kesesakan jalan raya sejauh 200 meter sebelum pihak polis tiba bagi mengawal lalu lintas.

Jelas Nurulhuda, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI