fbpx

Padah langgar lampu merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motorsikal mangsa.

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

ISKANDAR PUTERI – Tindakan seorang penunggang motosikal melanggar lampu isyarat merah mengundang pada apabila nyawanya melayang selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah motosikal lain di Kilometer 26.5 Jalan Johor Bahru – Pontian, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.25 pagi itu, mangsa merupakan lelaki Indonesia berusia 22 tahun meninggal dunia ditempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang juga rakyat tempatan berusia 22 tahun patah kaki kanan.

“Siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati mangsa yang maut melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa cedera.

“Ekoran kemalangan tersebut, mangsa warga Indonesia maut di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala manakala mangsa cedera patah kaki kanan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Dzulkhairi, mangsa cedera dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN