fbpx
Situasi banjir terkini di Lebuh Ampang.

[VIDEO] KL dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak pukul 1 tengah hari tadi.

Paras air naik setinggi 1.5 meter di Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang di Kampung Baru dan Jalan Semarak.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terkandas akibat kejadian tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, BBP Titiwangsa terlibat dalam operasi tersebut.

“Sehingga kini operasi pemantauan masih dijalankan di lokasi banjir bagi memastikan keselamatan orang awam yang melalui jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE