fbpx

Jumpa tulang mamot di tapak lapangan terbang Mexico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA ahli paleontologi dari Institut Antropologi Kebangsaan membantu memindahkan sejumlah tulang mamot yang ditemui di satu tapak pembinaan ke Pangkalan Tentera Santa Lucia di bandar Zumpango, Mexico kelmarin. – RODRIGO ARANGUA / AFP

ZUMPANGO, MEXICO – Ahli arkeologi semalam mula membersihkan tanah di lokasi penemuan sejumlah tulang mamot di tapak pembinaan lapangan terbang baharu Bandar Raya Mexico.

Tapak mengandungi tulang haiwan purba itu ditemui semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan di lokasi itu di Zumpango, utara ibu kota Mexico. Tapak pembinaan itu ialah satu kawasan tasik purba sebelum ini.

“Penemuan membabitkan peninggalan lebih 100 ekor haiwan purba termasuk mamot, unta, kuda, bison, ikan, burung, tikus dan antelop,” kata Ketua Tentera, Kapten Jesus Cantoral yang mengetuai satu pasukan ekskavasi.

“Setakat ini, peninggalan haiwan purba ditemui di lebih 194 kawasan di tapak tersebut, sejak penemuan pertama pada Oktober lalu ketika kerja-kerja pembinaan terminal simpanan bahan api,” katanya kepada agensi berita AFP.

Sebahagian besar haiwan purba itu dipercayai hidup antara 10,000 hingga 25,000 tahun lalu.

Kumpulan pakar berusaha mengeluarkan setiap tulang purba secara berhati-hati tanpa menjejaskan peninggalan spesies haiwan lain.

Pada masa sama, beriburibu buruh binaan serta jentera pengorek meneruskan kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran.

Pihak berkuasa menyatakan mereka memberi perhatian untuk memastikan peninggalan haiwan purba tidak terjejas pada masa sama projek pembinaan diteruskan seperti biasa.

Presiden Andres Manuel Lopez Obrador berjanji untuk merasmikan lapangan terbang itu pada Mac 2022.

Pakar arkeologi, Araceli Yanez berpendapat haiwan purba tinggal di kawasan tasik kerana sumber makanan dan air.

“Kawanan haiwan dipercayai terperangkap dalam lumpur dan mati semasa musim sejuk, selepas air tasik bertukar beku,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI