fbpx
Antara Orang Kena Pengawasan (OKP) yang menagih dadah diperiksa oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Pasir Puteh semalam.

Enam penagih dalam pengawasan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan enam lelaki yang sedang khayal akibat menagih dadah dalam serbuan sempena Ops Sharp 7 di 10 buah rumah di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh , Azlina Mohd. Zain berkata, fokus berpusat kepada rumah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang sentiasa dipantau oleh pihak AADK bagi tempoh dua tahun.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap 10 lelaki yang bermula dari pukul 7. 30 pagi hingga 4 petang itu mendapati enam daripada mereka berusia 19 hingga 40 tahun positif dadah selepas ujian air kencing dijalankan.

“Hasil pemeriksaan tidak menemui sebarang jenis dadah dan mereka yang terlibat dibawa ke pejabat AADK daerah untuk siasatan dan dokumentasi lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azlina berkata, lima OKP didapati positif dadah Methamphetamine dan seorang lagi positif dadah opiat.

Menurutnya, satu kes disiasat bawah Seksyen 3(1)Akta Penagih Dadah (APD) (Rawatan & Pemulihan)1983, namun penagih berkenan dibebaskan menerusi jaminan Seksyen 4(1)(a) akta yang sama kerana dia mengidapi penyakit batuk kering.

Tambahnya, lima kes lagi disiasat di bawah Seksyen yang sama dan ditahan di pejabat AADK daerah bagi menyelesaikan dokumentasi tangkapan. – K! ONLINE

POPULAR